Wednesday, March 9, 2011

~~MiNI RoTi JohN~~

~~~~SelaMaT PetanG~~~~

 Buat apa yer teman-teman petang sebegini...ziey apa lagi masih kat ofis...penat layan kerja kita layan blog jap yer...ermmm mood petang ni mengatuk jer....kalau tidur best sesangat...tapi kalau ada yang bertandang bawa kuih pun sedap juga...ni ziey buat kan kuih untuk teman yang singgah petang ni...


 Nah kita hidangkan roti john..yang lebih anak-anak bekal ke sekolah pg td hihihi....tengok ler roti john kita kecil2...ni kerja nak habiskan roti bun kat dapur la ni..kecil-kecil lagi senang tak payah potong lagi,,ambik jer sebiji sorang..elok la,,, sesuai sangat jamu petang begini..

Empat ketul jer lagi ada...cepat-cepat sape cepat dia dapat..hehehehee..rugi kalau tak try..sedap nih...


Resepi ini ziey berkenan masa jalan-jalan kat dapur Ummi petang semalam,,terfikir nak buat roti John sebabnya nak habiskan roti bun kat dapur.tapi banyak ziey ubahsuai resepi ni sebab ikut apa yang ada kat dapur. MOHON izin Ummi CNP resepi yer..thanks..

 ROTI JoHN

Bahan-bahan:-
7-8 keping roti hotdog (Ziey guna roti bun kecil2)
4 biji telor
1 tin Tuna Mild (ayam brand) (Ziey guna daging Cincang RamLy)
1 labu bawang besar - potong dadu
1/2 sudu besar rempah kari
1/2 batang carrot - parut kasar (tak letak anak tak suka)
1 cawan kobis - racik halus (Ziey letak daun bawang +sup jer)
1/2 sudu kecil garam halus
Mayonis/Sos Cili
Sedikit butter


Cara-cara:-
Panaskan butter masukkan bawang besar dan daging hingga empuk.Kemudian masukkan semua bahan kecuali telur dan roti.
Panaskan butter dalam non-stick pan dengan api perlahan, tuangkan 2 sudu besar campuran daging tadi yang telah dipukul dengan telur ke dalam kuali . Terus ambil roti, tekapkan ke atas adunan tadi (adunan akan lekat sendiri dengan roti). Biarkan 2 minit/agak melekat pada roti. Balikkan roti, biar sekejap. Pipe kan mayonis atau sos. 

Sedia untuk dimakan,,hehee..senang jer kan...

3 comments:

  1. Hello Ziey, I was at Yat Maria's place noticed your name, never seen one like it before. Nice name.
    Noticed you in Kota Baru. I have always loved KB, Back in the '80s I used to go there on business every few weeks, and stayed at the Perdana Hotel.

    Saya suka KB's ayam, ikan percik. I miss eating that. And the pasar malam dekat padang tu.
    And loved to go to Pantai Cinta Berahi.....used to ahemmm, date a couple of lovely Malay maidens then...and have dinner tepi laut.
    I guess Kota Baru must have changed a lot.

    I love your this roti John. I wonder how it got that name? Looks very nice. Ada lagi? Ha ha.
    You have a nice day and keep a song in your heart.
    Best regards, Lee.

    ReplyDelete
  2. Salam kak ziey,
    Cayalah kak.. kreatif guna roti bun. Saya tak pernah cuba buat roti john versi daging. selalu telur.. sebab itu yg saya suka. hehe. lain kali boleh cuba versi daging pula. :))

    ReplyDelete
  3. akak thanks,,erm roti bun jer yang ada kat dapur dr membazir bt jer lah..cuba lh yer daging pun best juga..

    ReplyDelete